Wednesday, 29 February 2012

Dia, Mr Right! 1


Bab 1
Hawa diam sambil menenangkan kawan baiknya yang sejak dari tadi memang tak henti-henti menangis. Bila Hawa tanya kenapa, dia angkat tangan suruh Hawa diam dulu. Sengaja Hawa bawak Farah datang sini. Biar angin pantai ni menyejukkan hati Farah yang tengah tak stabil.
“Dia tu bodoh!”
Hawa pandang Farah. Siapa pulak yang bodoh ni?
“Azrul memang bodoh!” Kali ni Farah sebut nama sekali. Hawa ternganga. Farah kutuk Azrul? Wah, first time dia dengar Farah cakap Azrul tu bodoh. Macam tak percaya gila!
“Apa dia buat dekat kau?”
“Dia ajak aku kahwin.”
Hawa tercengang pulak. Terus jarinya mencucuk pipi Farah sehingga terteleng kepala teman baiknya itu. Siapa yang bodoh sebenarnya? Si Farah ni ke? Ataupun si Azrul?
“Dia ajak kahwin pun bodoh ke?” tanya Hawa geram. Ajak kahwin kot?! Bukan ajak pergi terjun bangunan KLCC pun! Kalau Azrul ajak Farah pergi terjun bangunan KLCC, bukan takat Farah yang cakap dia dah gila, dengan aku-aku sekali cakap dia gila!
“Dia ajak aku kahwin! Sweet sangat! Sebab tu aku rasa dia bodoh sebab jadi sweet sangat!” Farah mengelap air mata dia. Hawa pulak rasa macam nak debik je si kawan ni. Memang sesuai sangatlah dengan si Azrul tu. Sama-sama tak betul!
Hawa betulkan hujung tudung yang dah terkelepet. Lama dia merenung laut yang terbentang luas di hadapan dia sekarang. Indahnya ciptaan Allah. Sudah lama dia tak pergi melancong. Teringin pulak rasanya nak pergi melancong dekat pulau. Menikmati pemandangan yang indah. Alone of course.
Pap!
Hawa tersentak. Dia terus pandang Farah sambil jongket kening. “Apa?” Tanya Hawa perlahan. Orang tengah khusyuk menikmati pemandangan, tiba-tiba ada orang kacau daun!
“Kau tak nak kahwin ke?”
Hawa tarik nafas. Kenapa gaya semua orang cakap macam umur dia dah masuk 45 tahun? I’m 25 years old! Tak nak kahwin lagi! Enough said.
“Tak nak lagi.”
“Kenapa?”
“Nak relaks dulu. Dah-dah, jangan nak cakap pasal aku. So, kau macam mana? Ready untuk kahwin?”
Farah sengih sebelum mengangguk dengan muka yang merah. “Of course. Nanti aku nak mesej dia cakap yang aku setuju.”
“Kenapa tak mesej je dia sekarang?”
“Saja.”
“Saja nak seksa hati dia?” soal Hawa, ketawa kecil. Bukan dia tak kenal dengan Farah. Kalau tak diseksanya si Azrul tu, memang tak sah tapi Farah dan Azrul memang sweet sangat! Dia ingat lagi time tu, hari lahir Farah. Azrul bawak kek perisa vanilla kegemaran Farah and of course, I’m the one who made it. Apa gunanya ada kawan chef kalau tak guna kan? Tu kata Azrul.
“Seksa sikit-sikit.”
Hawa jelir lidah. Sekali lagi dia pandang laut. Laut...laut...laut. I wish I know someone yang boleh lukis gambar pemandangan ni.
**
“Enough bang!” Aisyah dah angkat tangan tanda surrender. Penat gila dah ni! Tak sanggup dia nak terus belajar lagi. This maybe the last time dia join Abang Azrul berlatih taekwondo dengan Along. Dia tak nak dah lepas ni. Sakit badan-badan ni!
Azrul dah ketawa besar. Adam tayang muka bosan. Dah agak Aisyah takkan tahan lama. Suruh buat apa sikit, cepat je surrender. Memang dia dah faham sangat perangai adik dia yang sorang ni.
“Don’t laugh!” Aisyah mencebik. “Aisyah bukan macam abang dengan Along. Both of you dah ada black belt tapi Aisyah baru white belt. Mana boleh nak lawan? Sure la kalah!”
“Ye..ye...” Azrul pulak yang angkat tangan tanda mengalah. Dia pandang Adam yang tengah minum air. Dia teringat balik apa yang Kak Aina cakap masa hari tu. Nak pujuk Adam supaya kahwin? Supaya Adam boleh bahagia dengan someone yang boleh buat hidup dia shining macam little star. Ayat Kak Aina mungkin macam childish tapi dia sendiri pelik. Hati Adam ni memang dah kunci guna mangga paling besar ke? Tak lut langsung walaupun ramai je perempuan cantik yang suka dekat dia.
“Adam!”
“Hmm...” Adam angkat muka.
“Aku dah nak kahwin dengan Farah.”
Adam angguk. “Baguslah. Boleh aku makan nasi minyak.” Katanya tenang sambil mengelap peluh.
“Kau jadi pengapit aku boleh?”
Adam angguk lagi. “Boleh.”
“And then mana tahu kau dapat tempias aura pengantin kan? Boleh aku rasa nasi minyak kau pulak.” Azrul sengih. Adam pulak dah tayang muka takde perasaan. Dia tahu Azrul sengaja cakap pasal hal ni. Ni mesti Kak Aina yang suruh Azrul cakap macam ni. Apa Kak Aina ingat dia akan teringin nak kahwin bila Azrul cakap macam tu? Tak rasa apa-apa pun sebenarnya.
“Hmm...” Hanya bunyi tu yang keluar dari mulut Adam. Azrul terus rasa down. Maafkan daku, Kak Aina. Daku tidak berjaya melembutkan hati adikmu ini! Keras bak batu betul!
Aisyah tahan gelak bila tengok muka kecewa Abang Azrul. Kalau nak cakap soal kahwin dengan Abang Adam, rasanya tak perlulah. Perkara-perkara yang akan menarik perhatian Abang Adam sangatlah sikit, lukisan dan kerja dekat pejabat. Taekwondo mungkin termasuk  jugak. Abang Adam agak complicated. Orang akan cakap dia heartless, emotionless, ego dan lain-lain lagi sifat negatif. Dekat pejabat, garang macam bapak singa! Tapi dalam bapak-bapak singa tu, ramai jugak yang minat! Cuma orang tak berani nak datang dekat je.
“Aisyah tak sabar nak tengok orang yang mampu buat hati Abang Adam lembut macam gula-gula kapas,” bisik Aisyah dekat telinga Azrul. Azrul angguk bersetuju. Memang dia nak tabik spring dekat orang yang boleh buat macam tu dekat Adam!
“And Aisyah tak sabar nak tengok abang jadi macam dulu. Masa Kak Mirah still here dengan kita semua.”
Azrul angguk lagi. Dia pun rindukan Adam yang dulu.
“Do you know where Kak Mirah is?” Soal Azrul.
Aisyah angkat bahu. “Tapi Abang Adam maybe tahu.”
“He still loves her?”
Aisyah angkat bahu lagi. “Maybe.”


Nota : Finally! The first chapter of DMR! :D Harap korang suka. Comments are highly appreciated and I would like to thank my dear friend, Liya Zafrina for helping me out. :)


6 comments:

Haruno Hana 하나 said...

waaaaa~~~ sweet3!! kiranya Adam ni frust sbb Mirah ke? hukhuk.. sambung cepat :D

syahirah said...

wahh intro yang baik !
thumbs up ^ _ ^

NAISMA said...

hmm...menarik ni. apa kata sambng lagi dah tak sabar nak tahu perkembangan cerita ni.

Dian Hafiya said...

Haruno Hana : Sort of :) Nanti I'll explain later in the next chapter :D Terima kasih.

Syahirah : TQ :) All praises to HIM.

Naisma : InsyaAllah, soon. Thanks :D

Syaza Nadiah said...

Nice intro ! Double thumbs up ! :) Setia menunggu sambungannya . Hihi .

iboo said...

good start....nk teruskan ke next chapter lak... :)

Kawan-kawan