Tuesday, 13 March 2012

Dia, Mr Right! 7


Bab 7
            Adam pandang Hawa yang tengah sibuk layan tetamu. Tadi dia dah berkenalan dengan abang Hawa. Haris namanya. Baik macam adiknya jugak.  Adam senyum sendiri. Sebenarnya dia pun terkejut bila tengok baju yang dia dan Hawa pakai sama warna. Sekali imbas, macam dia dengan Hawa pulak yang nak jadi pengantin. Nasib baik Hawa nampak simple je dengan baju kurung warna ungu dengan bunga kecik warna putih tu.
            “Adam kan?”
            Adam angkat muka. “Ya?”
            Huda sengih lebar. So this is Adam! Hmm...first impression, he’s a very handsome man cuma kurang handsome sikit je kalau nak dibandingkan dengan Harith. Ala, biasalah... kalau hati dah suka tu, dia jelah yang paling handsome walaupun hakikatnya Adam lagi handsome.
            “Huda. Hawa’s sister.”
            Adam angguk sambil senyum kecil. “Nice meeting you.”
            Hawa yang tengok dari jauh mula tak sedap hati. Kenapa akak sibuk nak cakap dengan Adam tu? Please, jangan sebut pasal hal yang memalukan semalam!
            Sedar-sedar kaki Hawa dah melangkah dekat tempat Huda dengan Adam tengah duk rancak bersembang. “Korang sembang apa ni?” Hawa sengih sebelum duduk dekat sebelah Huda.
            “Akak tanya Adam, macam mana Adam boleh kenal Hawa?”
            “Ohh...”
            Tiba-tiba Adam nampak tangan Azrul yang tengah melambai dekat dia. Adam balas balik sambil mengangguk faham. Mesti dah tiba masa nak balik rumah.
            “Azrul dah nak balik. Mintak diri dulu ye.” Adam dah tolak kerusi ke belakang. Hawa dengan Huda pun bangkit sekali dan menghampiri Farah dengan Azrul. Tiba-tiba Hawa rasa bahu dia kena cuit dengan Huda.
            “Awat?”
            “Akak kasi green light kalau Hawa suka dia.” Terus Huda berjalan dan meninggalkan Hawa yang dah terkedu dekat belakang.
            **
            Hawa dah gelak besar bila tengok Haris kena buli dengan anak saudara Farah. Habis Alongnya dipaksa mengendong sorang-sorang masuk dalam rumah. Ada yang nak panjat belakang badan, ada yang nak didukung. Haih, nasib baik abang dia tu memang suka budak-budak. Kalau tak, mau ditibainya sorang-sorang.
            “Jangan asyik nak gelakkan orang. Potong bawang tu cepat sikit,” tegur Huda. Ni dia duk gelakkan orang je. Tangan tu tak bergerak pun.
            “Yelah… tapi kelakarlah abang tu,” Hawa gelak lagi sambil tangannya laju memotong bawang untuk kenduri esok.
            “Nak praktis la tu. Nanti dah ada anak, senang…” ucap Puan Atikah.
            Hawa dengan Huda mengangguk serentak.
            “Auh!”
            “Astaghfirullahalazim Hawa…” Huda pegang jari Hawa yang dah terkena pisau. Tulah, orang dah cakap jangan duk gelak je. Kan tangan dah luka!
            “Sakitla akak. Jangan tekan kuat sangat.”
            “Assalamualaikum mak cik…” Tengah kalut-kalut tu, tiba-tiba ada orang bagi salam. Hawa memang dah tak layan dah orang tu. Jari tengah sakit ni!
            “Waalaikumussalam Adam…”
            Dengar je nama Adam, terus Hawa angkat muka. Adam buat apa kat sini? Adam pandang dia jugak sebelum pandangan Adam jatuh dekat jari dia yang luka tu.
            “Jari kau luka…”
            “Terkena pisau…”
            “Mak cik, ada first-aid tak?” Tanya Adam dekat mak Farah.
            “Ada. Cuba mintak kat Farah. Dia ada kat ruang tamu tu.”
            Adam angguk kepala. “Jom ikut aku,” arah dia dekat Hawa. Hawa pulak dah terpinga-pinga. Yang Adam ni nampak risau sangat kenapa? Kena pisau je kot. Dia dah memang selalu kena dengan pisau ni.
            “Cepatlah…” Adam naik geram bila Hawa duduk je lagi kat situ. Dia tak nampak ke darah dia mengalir bak air hujan tu?! Aku yang tengok dah naik ngeri!
            “Haa…okey-okey!” Hawa terus bangkit dan mengekori Adam masuk dalam rumah. Laju je Adam pergi dekat Farah. Hawa pulak cuma duduk dekat luar pintu sebab takut darah menitik.
            “Pergi basuh luka tu dulu.”
            “Hisap je tak boleh?”
            “Pergi jelah basuh. Bukan susah pun.”
            Hawa mencebik. “Baiklah doctor.” Terus dia pergi dekat sinki. Terpejam-pejam mata dia masa nak hala jari yang luka tu dekat sinki. Pedih jugaklah sikit-sikit. Lepas dah siap, dia pergi dekat Adam yang dah duduk bersila dekat ruang lapang bersebelahan dengan ruang tamu.
            “Duduk sini.”
            “Luka sikit je ni.”
            “Duduk sini. Biar aku balut.”
            Akhirnya Hawa duduk bila tengok muka Adam macam nak telan orang je. Dia hulur jari dia yang luka tu dekat Adam. Penuh cermat je Adam balut. Langsung tak nak bagi dia rasa sakit. Hati Hawa mula kembang setaman tapi cepat-cepat dia kawal perasaan dia. Hati ni tak boleh nak dimanjakan sangat!
            “Kau buat apa kat sini?”
            “Saja nak datang melawat. Nak tolong apa yang patut,” jawab Adam perlahan.
            “Ohh, rajinnya kau.”
            “Manalah tahu kalau dapat jumpa calon isteri kat sini…”
            Hawa terus terdiam. Kenapa tiba-tiba rasa panas ni?! Aircond tak pasang ke? Nak je dia memanggil anak-anak saudara Farah ni, suruh turunkan suhu aircond. Biar jadi 16 darjah Celcius. Panas ni! Panas!
            “Ohh…memang ramai anak dara kat sini. Comel-comel je,” ucap Hawa dengan tenang. Tenang di muka, tapi hati bagaikan lava dah ni!
            “Haah. Aku boleh nampak,” balas Adam sambil senyum kecil.
            Hawa tarik nafas. Siapalah kau di hati dia, Hawa? Dahlah tak comel, tak ayu pulak tu. Mana dia nak pandang kan?
            “Aku kenal sepupu Farah. Cantik orangnya. Nama dia Melisa.” Dalam panas tu, sempat lagi Hawa promote sepupu Farah. Biarlah Adam nak pilih siapa pun dia suka. Lagipun, Hawa dah biasa kena reject!
            “Ye? Umur dia berapa?” Tanya Adam teruja. Saja je buat nada teruja. Padahal dia tak kisah pun.
            “Hmm… sebaya dengan aku kot. 25.”
            “Kau dah 25?!”
            Hawa angguk. “Kenapa macam terkejut je?”
            “Sebab kau tak nampak macam 25 tahun? You look younger.”
            Hawa dah tersengih-sengih.
            “Aku cuma cakap kau nampak muda je. Tak payahlah nak senyum sampai macam tu sekali.”
            “Biarlah. Kau pulak? Berapa umur kau?”
            “Aku dah 29.”
            Hawa terkejut. Laaa, Adam dah 29 rupanya. Dia ingat baru 26, 27 macam tu. Patutlah Azrul cakap hari tu yang kakak Adam bising-bising bila Adam takde calon isteri lagi.
            “Ohh…”
            “Nampak muda tak?”
            “Sikit. Ingat baru 26.” Hawa sengih.
            “And that is why, my sister asyik bising bila aku takde calon isteri lagi. Dia ingat senang ke nak calon isteri? Siapa yang nakkan aku? Cuma Amirah je yang baik dengan aku. Yang terima aku for who I am…”
            Apa lagi yang Adam cakap lepas tu, langsung Hawa tak dengar. Cuma sepatah nama yang disebut 

oleh Adam tu melekat dekat otak dia sekarang ni. Amirah… who is Amirah?


Nota : Sorry for the short entry :) Hope you enjoy it! Thank you!


4 comments:

syahirah said...

who 's Amirah ??

.:::apple^dimple:::. said...

ngaaa~ kenapa pendek sangat?? huhu.. takpe2.. Adam, confess aje lah!!!

Syaza Nadiah said...

Walaupon pendek , tetap enjoy . Hihi . Sukanya Adam caring sal Hawa . Ape la Adam ni , dok ingat kat Amirah tu pulak . Haish . Gigit jugak kang . P kawen ngan Hawa tu , nak calon sangat isteri sangat . Hehe . :)

ihaaz said...

tak puas bace.. hehe
xpe2 nnti buat pjng2 ye.. hihi
:)

Kawan-kawan