Thursday, 15 March 2012

Dia, Mr Right! 8


Bab 8
            “Oh terpeleot!” Hawa pegang tiang rumah sambil menarik nafas. Masuk kali ni, dah dekat sepuluh kali dia nak terjatuh kes pakai kasut tumit tinggi si Farah ni! Ingat aku ni model ke nak pakai heels tinggi sampai 3 inci ni?! Sakit kot tumit kaki aku ni! Dari tadi tahan sakit.
            “Nah.” Tiba-tiba ada orang hulur selipar comel dia.Hawa angkat muka. Adam tengah pandang dia sambil menghulurkan selipar dia.
            “Baik kau buang kasut tu ke tepi sebelum kaki kau dah tak boleh jalan,”
            Hawa senyum sumbing sebelum angguk kepala. Setuju sangat, Encik Adam! Absolutely right! Sebelum aku dah tak boleh jalan, baik aku buang kasut ni ke tepi!
            Hawa tanggal heels tu sebelum pakai selipar comel dia tu. Haa...lega sangat! Hawa pandang Adam.
            “Thank            s.”
            “No problem.”                                                       
            “Kau dah makan?”
            “Bukan kau makan sekali dengan aku ke tadi? Dengan pengantin tu sekali tadi kan?” Dahi Adam dah berkerut. Hilang ingatan ke apa si Hawa ni?
            Hawa garu kepala. “Lupa...”
            “Jari yang luka tu dah okey?”
            Hawa tengok jari dia yang dah tak berbalut. “Alhamdulillah dah okey. Dah kecut dah luka dia. Nanti tinggal parut je kot.”
            “Lain kali hati-hati.”
            “Hmm...yelah doktor!” Hawa angkat tabik sebelum ketawa kecil. Tiba-tiba dia nampak kelibat seseorang yang dia memang sangat kenal. Farah ke yang ajak dia?
            “Excuse me for a moment.” Hawa terus pergi mendapatkan Zairi yang macam tengah cari orang dekat depan pintu pagar. Adam pulak naik terpinga-pinga bila Hawa tergesa-gesa pergi mendapatkan seseorang... nope, bukan seseorang tetapi seorang lelaki.
            “Abang...”
            Zairi paling ke belakang sebelum tersenyum lebar. “Hawa! Long time no see! How are you?”
            Hawa senyum. Lama betul dia tak tengok Zairi. Masih segak macam dulu dan senyuman tu masih lagi manis macam dulu. “Alhamdulillah sihat. Abang sihat?”
            “Alhamdulillah sihat. Makin comel Hawa sekarang.”
            Hawa hanya ketawa kecil. Macamlah tak biasa dengar Zairi cakap macam ni dekat dia. Sebab tulah dulu dia jatuh suka pada Zairi.
            “Bila sampai sini?”
            “Malam semalam. Farah yang ajak datang sini. Dia cakap kalau abang tak datang, dia tak nak tegur abang dah.” Zairi ketawa kecil.
            “Farah tu memang! Abang datang sorang-sorang je ke?”
            Zairi mengangguk. “Nak ajak siapa lagi? Isteri takde lagi.”
            Hawa terdiam. Nampaknya Zairi masih sayangkan bekas tunang dia dulu. Dah lama putus tapi sampai sekarang tak jumpa pengganti lagi.
            “Abang jemputlah makan dulu. Hawa nak tengok Farah kejap.” Hawa mintak diri dulu sebelum meninggalkan Zairi yang sudah melangkah ke khemah makan. Sempat dia senyum dekat Adam yang masih tengah pandang dia sambil berpeluk tubuh.
            **
“Comellah kedua-dua pengapit tu.” Hawa telan liur. Sejak dari tadi tak habis-habis dia dengar orang duk puji dia dengan Adam macam pinang dibelah dua. Adam pulak buat muka selamba je. Macam dia tak dengar pun apa orang duk cakap. Aku je yang menggelabah lebih!
“Kamu berdua ni suami isteri ke?” Hawa pandang mak cik yang duduk di sisinya sekarang ni. Sejak bila mak cik ni duduk sini, dia pun tak sedar. Macam mana nak sedar bila hati tak tenang dengan perut yang berkeroncong ni mintak diisi. Dah lapar balik lepas sibuk layan tetamu tadi!
Adam pandang Hawa yang dah menggaru kepala. “Bukan, mak cik. Kawan je.” Hawa senyum.
“Tapi insyaAllah kalau ada rezeki boleh jadi suami isteri, Mak Ngah,” sampuk Azrul. Farah pulak macam burung belatuk sebab asyik mengangguk je. Hawa ketap gigi. Karang ada yang muka tersembam masuk dalam pinggan!
Adam diam lagi. Nak ketawa pun ada bila tengok muka Hawa yang macam nak telan orang tu.
“Takdelah, mak cik. Azrul ni memang suka main-main,” Hawa sengih nak tak nak je. Lepas habis semua benda ni, aku nak ketuk kepala Azrul dengan Hawa guna heels ni! Kalau bukan si Farah yang duduk antara aku dengan si Azrul, memang dah lama dah heels ni terpacak cantik dekat atas kepala dia!

“Tapi kamu berdua ni, mak cik tengok sesuai sangat kalau berkahwin.” Zairi yang tengah minum tersedak. Semua orang terus pandang dia. Adam dah kerut dahi. Kenapa sampai tersedak segala ni?
“Abang okey?” Tanya Hawa.
Zairi angguk kepala sambil senyum kecil. “Abang okey. Tersedak sikit je.”
“Ohh...”
“Tersedak ke jealous?” Tiba-tiba Adam cakap macam tu. Terus Hawa pandang Adam. Nak jealous apa kebendanya pulak? Zairi nak jealous? Haaa.. kalau nak jealous, dari dulu lagi dah dia jealous!
“Erk?” Zairi terpinga-pinga.
“Nevermind....” Adam sengih sebelum teguk air oren dia. Dia kerling dekat Zairi. Dia dapat rasa yang Zairi ada simpan perasaan dekat Hawa. Tengok dari cara dia pandang Hawa pun, Adam dah boleh tahu. Memang obvious sangat cuma Hawa je tak nampak ataupun buat-buat tak nampak!

9 comments:

Anonymous said...

best sgt..
nk lagi!!
hehe..

syahirah said...

continued !!

NurAtiZa said...

Erk...jgn Zairi nie mencelah antara Adam & Hawa dahlh...:-|

Thirah Tyra said...

Best2...
teruskan kak, x sabar niyh ~ =>

izzati_syuhada said...

ngaaa~~ Adam tak cemburu ke bila tengok Zaidi tersedak tu? Aish, jangan lah kacau, Zaidi!

Anonymous said...

suka!!! sambung cepat22~~~

-yani zahar

Anonymous said...

ohh my....bez kot..;)

mai said...

Dian, cerita ni pon sama menarik. jangan lupa sambung tau! ^^

syahirah said...

lamanya menyepi .. cepat2 la sambung

Kawan-kawan