Bab 2
“Kawan!
Teman aku pergi beli barang, please?!”
Hawa
gosok mata. Dia mencari jam locengnya. Baru pukul 8 kot! Mengantuk lagi ni
haa... Dahlah semalam tidur lewat sebab sibuk buat resepi baru dekat dapur.
Nasib baik abang dengan akak takde kat rumah, kalau tak memang bisinglah mulut
diorang tu.
“Aku
penatlah.” Hawa dah sembam muka dekat atas bantal. Nak cakap dengan Farah pun
dah tak larat ni.
“Ala,
pleaselah. Majlis kahwin aku kan dah makin dekat. Please! Please!”
Hawa
tarik nafas. Dia memang lemah bila Farah dah start sesi pujuk-memujuk ni.
“Fine... tunggu aku mandi dulu. Naik kereta aku ke kereta kau?” Hawa tolak
selimut tebalnya ke tepi dan duduk bertenggek dekat tepi katil.
“Hmm...
kereta aku. Aku ambik kau dalam pukul 9 boleh?”
“Okey.”
“Jangan
tidur balik.” Sempat lagi Farah berpesan.
“Iye...”
Hawa berdiri selepas Farah dah letak telefon. Terus dia capai tuala dan
melangkah masuk ke dalam bilik air sambil menguap besar.
Lepas
sejam, dia dah siap lengkap berpakaian. Dengan mata yang masih lagi rasa
ngantuk sangat, dia menapak ke bawah. Nak cari makanan dulu. Perut dah nyanyi
lagu dah ni.
“Nak
ke mana, cik adik?” Haris bertanya.
Hawa
pandang Haris sebelum mengangkat tangannya. “Teman Farah beli barang kahwin.”
“Muka
macam orang ngantuk.”
Hawa
angguk. Memang dia tengah ngantuk pun. Rasa penat satu badan ni. Roti bakar
dicapai lalu dikunyah perlahan.
“Balik
jangan lewat sangat.”
“Okey.”
Hawa tengok jam dinding. Any minute now...
Ping!
Ping!
Hawa
sengih lebar. On time betul kawan aku ni. Hawa terus capai beg tangan dan cium
tangan Haris.
“Assalamualaikum
bang. I’ll be back before 8.00.”
“Okey.
Waalaikumussalam...”
**
“Ni
Adam.” Azrul perkenalkan Adam dekat Hawa yang tengah sibuk cari something dekat
dalam beg tangan. Hawa angguk kepala sikit je tanpa angkat muka untuk memandang
lelaki tinggi lampai dekat depan dia sekarang ni.
“Ni
Hawa...” Farah memperkenalkan Hawa dekat Adam apabila tengok Hawa langsung
takde tanda nak perkenalkan diri sendiri. Adam ni memang dia dah kenal lama
sangat. Sejak dia mula kenal Azrul lagi. Memang dia dah tahu perangai Adam
macam mana tapi dengan dia, Adam still boleh bercakap macam biasa. Mungkin
sebab dia selalu pergi rumah Adam dengan Azrul.
“Lupa
nak cakap tahniah.” Adam senyum.
“Hehehe...terima
kasih.” Farah pulak yang dah naik terkejut. Jarang dapat tengok Adam senyum
sebenarnya. Kalau dia senyum, wa cakap sama lu...memang boleh cair! Nasib baik
hati dia, Azrul dah ambik. Kalau tak, mau dia berpaling tadah dekat Adam pulak.
Farah jeling Hawa yang masih tengah sibuk cari something dekat dalam beg tangan
dia.
“Kau
cari apa tu?”
“Aku
punya...”
“Ni
ke?” Adam menghalakan tapak tangannya dekat Hawa. Benda ni dia ambik tadi masa
nak ke tandas sebelum dia tahu yang perempuan dekat depan dia ni, kawan Farah. Kalau
ikutkan, benda ni jatuh betul-betul dekat kaki perempuan ni tapi Hawa ni yang
tak nampak. Hawa terus angkat muka dan pandang tapak tangan Adam.
“My
bracelet! Thank you!” Hawa tersenyum riang sambil cium gelang tangan tu. Ni
pemberian arwah ibu dan ayah dia tau. Kalau hilang, mau gila dia dibuatnya!
Hawa pandang lelaki yang Farah cakap sepupu Azrul tu. Entah kenapa, ada satu
perkataan je yang terlintas di kepalanya ketika itu. Handsome! Jantungnya yang
berdegup kencang kes tak jumpa gelang tangan ni, makin berdegup kencang apabila
menatap sepasang mata kuyu milik lelaki di hadapannya sekarang. His eyes...
cantiknya warna mata tu! By the way, apa nama lelaki ni tadi?
“Adam.”
Jawab lelaki tu seolah-olah mendengar apa yang dia tengah fikirkan. Hawa senyum
kecil dan mengangguk. I like his name! Adam...comel kan? But I like his eyes
more. Warna hitam cair sama macam mata anime yang dia suka sangat tu! Super
gorgeous!
“Jom
kita pergi cari barang. Awak nak pergi bahagian mana?” Tanya Farah dekat tunang
dia. Hawa pulak dah pandang arah lain. Bahaya tengok lama-lama anak teruna
orang. Nak-nak kalau handsome macam ni. Mau hati aku melompat keluar.
“Kasut.”
“Hmm...tahu
ke saiz berapa?”
Azrul
sengih. “Of course. 6 kan?”
Farah
angguk sambil ketawa kecil. “See you later...” Farah tarik tangan Hawa selepas
melambai dekat Azrul. Hawa hanya mengikut tapi lepas beberapa langkah, dia
berpaling tengok ke arah Azrul dan Adam. Dia pandang belakang badan Adam lama
sebelum kembali pandang depan. Haih, Hawa... kenapa nak tengok dia lebih-lebih
ni?
“Kenapa
kau tak beli barang untuk diri kau sendiri and then Azrul beli barang dia
sendiri? Kan senang...”
Farah
geleng sambil goyang-goyangkan jari telunjuk dia. “Aku nak tengok apa yang dia
pilih untuk aku.”
Hawa
buat muka tak kisah. “Suka hati kaulah... Kau yang nak kahwin.”
“Hawa,
handsome kan Adam tu...” Farah menolak-nolak bahu Hawa guna bahu dia. Dia
bukannya tak nampak yang Hawa pandang Adam tadi. Tergoda tengok mata hitam cair
Adam kot. Memang mata Adam tu cantik. Nampak normal tapi bila dipadankan dengan
muka handsome, menyerlah betul mata tu!
“So?”
“Takde
rasa apa-apa?”
Hawa
angkat kening. Perlu ke nak rasa apa-apa? Adam handsome, yeah memang betul tapi
so what?
“Tak.”
“Sikit
pun tak...”
Hawa
geleng. Sikit pun tak!
“Really?”
Tanya Farah lagi. Hawa mula geram. Orang cakap takde, takdelah. Ke nak suruh
cakap bahasa Jerman baru nak faham!
“Tu
Adam!” Farah jerit tiba-tiba.
“Mana-mana?”
Meliar-liar mata Hawa duk mencari si Adam tapi tak nampak pun. Takkan Adam main
sembunyi-sembunyi pulak dengan dia?
Farah
cucuk pipi Hawa. “Amboi, sebut nama Adam... terus kau cari eh?” Farah dah
gelak-gelak. Hawa buat muka. Kantoi la pulak!
Okey,
sejak bila dia kalut pasal lelaki ni?! Hawa tepuk dahi. Something wrong
somewhere ni! Kena suruh angah check kepala dia. Maybe ada short circuit dekat
kepala dia sekarang ni. Adam is just a man. A very handsome man. That’s it! Tak
perlu nak ada feeling-feeling.
Stay
cool, Hawa binti Taufiq!
Nota : Short entry. Sorry :) Harap korang suka. Thanks and comments are highly appreciated.
7 comments:
waaaaaa~~~ Adam senyum~ XD suka3
hahaha...comel betul perangai Hawa
ngaaa~~ senyuman berbunga. suka! suka! nak lagi!
Wah . Dah makin best ni . Tersengih2 je baca ngan perangai Hawa tu . Sambung cepat2 eh bila free . Hee . :)
Haruno Hana : Hehehe... seriously comel gila Adam bila senyum :) Even saya pun tak tahu muka dia macam mana.
Nea : She's cute, kan? :D
Izzati : Hawa belum tengok Adam senyum lagi. Farah je nampak. Kalau dia nampak, mau pengsan! :P
Syaza : Hehee..insyaAllah :)
Thanks all! :)
comel..
haaaaa....sweetnyer :)
Post a Comment