Monday, 5 March 2012

Dia, Mr Right! 4


Bab 4
            Adam pandang Azrul yang sejak dari tadi diam je. Nasi dalam pinggan dia pun tak habis-habis. Adam pulak dah order dekat 3 gelas air sebab nak tunggu si Azrul ni makan tapi nasi dia tak jugak luak-luak.
            “Kau ni demam ke apa?”
            Azrul geleng. “Aku takut!”
            “Awatnya?” Dahi Adam berkerut. Nak takut kenapa?
            “Aku takut nak akad nikah nanti..”
            Adam terus ketawa. “Laa... apa nak takutnya?”
            “Aku takut aku tak dapat jadi suami yang baik.”
            Adam senyum sebelum menepuk bahu sepupunya yang paling rapat dengan dirinya. “Aku yakin kau boleh jaga Farah dengan baik. InsyaAllah... relakslah bro. Doa banyak-banyak dekat Allah ye.”
            Azrul senyum jugak sebelum mengangguk. “Thanks Adam. Kau memang sepupu aku yang paling baik. Rugi tau Amirah tak terima kau.”
            Adam terdiam.
            “Aku tahu kau kecewa lagi pasal Amirah kan? Memang susah nak lupakan cinta pertama kau. Nak-nak orang yang kau kenal sejak dari kecik but life must goes on, Adam. Sampai bila kau nak jadi heartless dengan perempuan ni? Ramai je kot perempuan cantik-cantik minat kat kau,” sambung Azrul lagi. Adam masih jugak diam. Dia pun tak tahu nak cakap apa. Bila sebut pasal Amirah, dia selalu tak tahu nak cakap apa. It’s like everything single word just disappeared into the thin air dan dia terus jadi speechless.
            “Aku...” Tersekat. Adam tarik nafas. Tiba-tiba dia seperti nampak Hawa. Hawa yang sedang melangkah masuk ke dalam restoran ni.
            “Hawa...”
            “Hah?” Azrul terkejut. “Kau suka Hawa?!” Tanyanya sedikit kuat. Adam pulak rasa macam nak hempuk kepala Azrul.
            “Bukanlah! Tu Hawa...” Dia halakan pandangan dengan Hawa yang duduk tak berapa jauh dari tempat diorang.
            “Eh, dia tak makan kat kedai dia ke?” Soal Adam pelik.
            “Dia bukak bakeri. Bukan restoran.”
            “Ohh... lupa.”
            Tiba-tiba Azrul tersedar. “Macam mana kau tahu dia ada kedai?” Azrul garu dagu dia. Rasanya dia tak pernah cakap pun Hawa ada kedai kek sendiri. Macam manalah Adam boleh tahu yang Hawa ada bakeri ni?
            “Hari tu aku pergi bakeri dia. Aku tak tahu pun kedai tu dia punya. Quite amazed jugak sebenarnya. Aku ingatkan dia kerja dekat pejabat ke apa. Tak sangka dia pandai masak,” balas Adam sambil memerhati Hawa yang tengah membelek sebuah majalah yang dikeluarkan dari tas tangannya.
            “Ohh... aku ingat kau dah berkenan dekat dia sampai dah stalk pasal dia...” Azrul gelak besar. Walaupun dia tahu Adam ni macam mana orangnya tapi buatnya, Adam tiba-tiba dah jadi tak betul sangat, boleh je nak Adam nak stalk pasal Hawa.
            “Huish, takde kerjalah aku nak stalk dia.”
            “Dia tu comel apa. Baik pulak tu...”
            Adam cebik. “So?”
            “Dengan Hawa pun nak heartless?”
            Adam geleng. Dengan Hawa, entah kenapa dia tak heartless sangat. Dia boleh senyum pulak dekat Hawa padahal senyuman ni mahal betul nak bagi dekat perempuan lain. Dengan Hawa, dia lain sikit. Tak tahu kenapa walaupun dia baru jumpa dengan Hawa 2 kali je.
            “Something new. Apa yang special dengan Hawa tu sampai kau tak heartless?”
            Adam angkat bahu. Hawa biasa je sebenarnya. Cuma dia suka masak dan masakan dia sedap. Siapa jadi suami dia memang untung sebab tak perlu nak makan luar.
            “Eh, bukan kita cakap pasal Amirah ke tadi? Kenapa tiba-tiba tukar topic cakap pasal Hawa ni?”
            Adam tarik nafas. Ingat Azrul dah tak ingat pasal Amirah. Adam angkat punggung dari situ. Kalau boleh dia dah malas nak cakap pasal Amirah. Biarlah Amirah bahagia walau di mana dia berada.
            Azrul pulak cepat-cepat bangun dan berlari anak mengekori Adam. Sempat dia angkat tangan dekat Hawa yang memandang mereka berdua.
            Hawa hanya merenung Adam sebelum bibirnya tersenyum kecil.
**
“Dah hampir dua jam kau pilih kek.” Hawa merungut sambil menongkat dagu. Farah sengih je sebelum membelek-belek lagi buku kek.
“Aku nak pilih kek yang betul-betul terbaik.”
“Aku buat yang sedapnya untuk kau. Cepatlah pilih. Aku banyak kerja nak kena buat ni. Petang ni Adam nak mari ambik kek dia tu.” Hawa urut kepala. Kek Adam dah siap dah, cuma dia kena touch-up sikit sebab Adam cakap dia nak suruh Hawa hias bagi comel sebab kek ni untuk anak saudara dia.
“Adam?”
“A’ah. Lelaki bermata hitam cair tu.” Entah bila dia pandai-pandai bagi nama tu dekat Adam.
“Dia pernah datang sini?”
Hawa angguk. “Dia datang order kek for his niece. Terkejut jugak aku masa dia datang hari and you know what? Dia guna ‘aku kau’ dengan aku! Tak sweet langsung!” Hawa mencebik.
Farah dah ketawa besar. “Memang tak sweet langsung tapi at least nak jugak dia cakap dengan aku. Dengan perempuan lain, takde maknanya mamat heartless tu nak bercakap. Kalau tak percaya, tanya si Azrul tu.”
“Abaikan jelah. Pilih cepat kek tu! Aku nak ke dapur kejap.” Sempat Hawa pukul tangan Farah suruh cepat sikit pilih kek sebelum masuk ke dalam dapur. Dia terus mengeluarkan kek coklat Adam keluar dari peti sejuk.
“Lupa nak tanya apa nama anak saudara Adam!” Terus Hawa keluarkan telefon bimbit dari dalam poket baju sebelum mendial nombor Adam.
“Assalamualaikum Hawa. Kenapa?”
Hawa terdiam. Dengar suara pun jantung dah macam nak pecah! Kau sah dah gila, Hawa! Gila! G.I.L.A!
“Waalaikumussalam...Err, apa nama anak saudara kau?”
“Wahida. Kenapa?”
“Nak tulis dekat atas kek,” jawab Hawa sambil mencapai aising. Telefon diletakkan antara bahu dan pipi dia.
“Ohh... dah siap ke kek tu?”
“Sikit je lagi nak siap. Kau datang pukul berapa?”
“Actually, aku dah on the way ni.”
“What?!” Nyaris-nyaris comot kek coklat ni kes sebab Hawa terkejut. Kata petang, sekarang ni baru pukul 12!
Hawa dengar Adam ketawa. “Aku nak makan lunch kat sana. Tak boleh ke?”
Hawa tarik nafas lega. Ingatkan dia datang nak ambik kek ni tadi. Walaupun dah hampir siap, ada sikit-sikit lagi benda dia nak buat.
“Aku ingat kau datang nak ambik kek ni tadi. Boleh je. Nak makan apa?”
“Bubur nasi lagi.”
“Hah? Nak bubur nasi lagi? Raja bubur nasi ke apa kau ni?” Tanya Hawa terus-terang.
Sekali lagi Adam ketawa. Memang Hawa ni straight-forward betul. “A’ah. Raja segala bubur nasi! Buatkan untuk aku ye.”
Hawa gigit bibir. Suara macam biasa je tapi kenapa hati dia cair bila dengar?
“Hmm...”
“Is that a ‘yes’ or a ‘no’?” Soal Adam di hujung talian. Hawa ketap gigi pulak. Nak cakap ‘NO’ sebenarnya tapi tak sampai hati. Eleh-eleh, konon tak sampai hati!
“Okey. Aku masakkan.”
“Thank you, Hawa. Okey, aku dah nak sampai ni.”
“Okey. Bye.” Terus Hawa letak telefon sebelum mencapai periuk. Kemudian dia tergelak sendiri. Kenapalah dengan kau ni, Hawa?

Nota : 6 pages. Hehehe... harap suka and comments are highly appreciated! 


9 comments:

zawani mukhtar said...

aww sweet, nanti mesti jtuh chenta dkt tuan bubur nasi tu

Syaza Nadiah said...

Sangat suka dan sangat sweet . Hehe . Mesti Adam dah suka dekat Hawa kan ? Hehe . Suka2 ! :)

Anonymous said...

best3><
keep it up=)

syahirah said...

nak tanya .. lagu pe ek sebelum lagu kat dlm blog ni..lagu yang dulu best aa

Anonymous said...

suka gilassss......

-yani zahar

Dian Hafiya said...

Zawani : Terima kasih :) Kita nantikan sama ada Adam tu dah jatuh hati ke belum dengan tuan punya bubur tu :D

Syaza : Hehehe..kita tunggu dulu :D Terima kasih!

Anon : Terima kasih :D

Syahirah : Tu lagu dalam anime Tsubasa Chronicles. Rasanya Hear My Prayer kot :)

Yani : Terima kasih :D

izzati_syuhada said...

hawa dah tak betul.. hehe.. Sayang Adam ketat-ketat!!! suka! Suka! Cepatlah sambung!

iboo said...

next entry please....ngeee :)

ciksukaberangan said...

sweet~ next please. hehe

Kawan-kawan