Friday, 2 March 2012

Dia, Mr. Right! 3


Bab 3
“Akak, ada customer!” Hawa segera lap tangan sebelum melangkah ke kaunter. Dia senyum mesra pada lelaki yang mukanya tertutup dengan cap warna hitam tu.
“Yes, sir? May I help you?” Aku keluar buku yang penuh dengan gambar kek, kuih dan segala benda yang kedai aku tawarkan. Lelaki tu pandang aku sebelum mulut aku terlopong luas. The very handsome guy! Hawa gigit bibir. Makin handsome bila tengok dia pakai cap. Looks very young and cute!
“Eh, kau....”
Street! Hawa rasa macam nak terlentang. Tak sweetnya panggil aku ni ‘KAU’! Oh my, rasa macam nak nangis. Wuuu...panggillah aku Hawa! Tak nak la panggil ‘KAU’.
“Kau punya kedai ke ni?” Adam menyoal sambil memandang Hawa yang comel dengan baju chef. Tak sangka Hawa ni chef rupanya. Dia ingatkan Hawa ni mungkin someone yang kerja dekat pejabat dan dia baru perasan Hawa ni tinggi takat bahu dia je. Sama macam Amirah...
Hawa angguk tanpa rela. Sentap! Sentap! Nak tengok muka Adam pun rasa macam tak nak tapi dia angkat jugak muka.
“Nak beli kek?”
Adam angguk sambil tangannya mencapai buku yang Hawa letak atas kaunter tadi. Laju dia membelek dan sesekali dia kerling Hawa yang hanya diam memerhatikan dia.
“Kek apa yang paling sedap kat sini?”
“Semua sedap,” jawab Hawa.
“Hmmm... aku suka kek coklat,” ucap Adam perlahan sambil mengarahkan jari telunjuknya dekat gambar kek coklat. Muka Hawa terus bercahaya. Wah, Adam suka kek coklat macam aku!
Eh-eh Hawa! Ingat apa yang kau cakap dulu? Adam is just a man. A very handsome man. That’s it! Tak perlu nak ada feeling-feeling. Ingat benda tu, Hawa... Ingat! Tak payah nak teruja sangat.
“Okey. So, nak order kek coklat la ni?”
“Hmm...yup. Moist chocolate cake.”
Hawa angguk dan keluarkan pen dan buku order dari dalam laci. Adam hanya diam sehingga Hawa pandang dia dengan muka berkerut.
“Nombor telefon?”
“Untuk?”
“Senang nak call bila dah siap nanti...”
“013-4441111”
Hawa tulis laju-laju nombor Adam sebelum tutup buku tu dan menolaknya ke tepi. “Anything else? Tak nak benda lain?”
Adam geleng. “Tu je.” Balasnya perlahan.
“Kau ni....” Terus Hawa tutup mulut. Oh my! Oh my! Macam mana boleh terkeluar perkataan ‘KAU’ ni! Eww...tak terserlah keayuan aku.
“Aku apa?”
Hawa pandang Adam. Erk, dia tak rasa pelik ke aku bahasakan diri dia ‘KAU’? Lama Hawa terdiam. Fikir nak cakap apa dekat mamat heartless dekat depan dia ni. Muka pun macam orang takde perasaan!
“Hmm... saya...”
“Jangan guna saya. Guna aku macam tadi,” celah Adam. Hawa gigit bibir. Baru nak ubah jadi ayu balik tadi tapi si mamat ni pulak suruh dia guna ‘AKU’!
“Yelah.” Hawa mencebik. Tak ikhlas ni tau nak guna ‘aku’ dengan ‘kau’. Terpaksa! Terpaksa!
“Repeat your sentence tadi.”
“Kau ni baru balik dari kerja ke apa?” Lancar mulut Hawa bertanya. Adam terus tersenyum kecil yang membuat Hawa terkedu. Oh no, senyuman dia! Like killing smile betul! Hawa tarik nafas. Jangan tergoda, Hawa! Jangan tergoda! He’s just a very handsome man who has the most beautiful smile! Jangan Hawa... jangan!
“Yup. Baru balik kerja.”
“Ohh...”
“Hawa...”
Hawa pandang Adam. “Apa?”
“Kau boleh masakkan aku something tak?” Adam bertanya sambil duduk di atas kerusi tinggi yang memang tersedia dekat depan kaunter. Dahi Hawa berkerut. Nak suruh dia masak apa ni?
“Masak apa?”
Adam senyum lagi. Masakan ni selalu Amirah masakkan untuk dia. Entah kenapa, dia tiba-tiba rindu nak makan masakan tu. Nak suruh Amirah masak, hmm... takut luka lama berdarah balik. Baik dia mintak tolong dengan Hawa ni.
“Tolong masak bubur nasi.”
Mulut Hawa terlopong luas. Bubur nasi?!
**
“Aku tak tahu sedap ke tak tapi aku harap sedaplah.” Hawa letak semangkuk besar bubur nasi dekat depan Adam. Adam cakap nak mangkuk paling besar, so dia ambiklah mangkuk yang paling besar dekat dapur tu. Hahaha! Nasib baik dia tak ambik kuali tadi.
“Makan sampai habis!”
Adam angguk sambil lihat bubur yang Hawa buat. Bau memang marvellous. Colour pun cantik. Tekstur pun okey! Dia suap sesudu masuk ke dalam mulut. Memang sedap! Lagi sedap dari bubur yang Amirah buat.
Sedap...” Sesudu lagi bubur masuk ke dalam mulut. Hawa tarik nafas lega. Nasib baik sedap. At least kalau ada orang tanya Adam pernah makan ke tak masakan dia, boleh jugak Adam cakap, “Pernah dan masakan Hawa sangat sedap eventhough Adam baru makan bubur nasi je.”
Hawa tersentak lagi. Kenapa sibuk-sibuk pasal benda ni, Hawa? Siapa yang nak tanya dia pasal masakan kau? Mak dia? Mak dia tu bukan bakal mertua kau ponn! Makin menjadi-jadi otak dia merapu sekarang. Baru 2 kali jumpa tapi otak dia dah membelot dekat tuan dia. Hati ni pun sama! Tak reti-reti nak cover langsung perasaan tu.
“Thanks sebab sudi buatkan aku bubur ni,” ucap Adam perlahan.
“No problem. Benda kecik je ni. Kau tak sihat ke sampai nak makan bubur segala?”
Adam pandang Hawa sebelum dia ketawa kecil. “Taklah. Saja teringin.” Dah tinggal separuh bubur nasi dalam mangkuk ni, dia makan.
            “Ohh...” Hawa tak tahu nak cakap apa dah. Kalau boleh dia nak Adam cepat-cepat keluar dari kedai dia ni. Bukan nak halau ke apa tapi dia tak suka dengan jantung dia ni yang asyik-asyik berdegup kencang ni. Kalah macam baru lepas lari marathon!
            Adam tarik nafas lega. Kenyang betul perut dia lepas dapat makan semangkuk besar bubur nasi buatan Hawa. “Berapa harga dia?”
            Hawa geleng. “Percuma. Anggap aku belanja kau. Lagipun kau kan best friend kepada tunang best friend aku.” Okey, Hawa... ayat merapu gila kau bagi kat dia.
            “Thanks. It’s a pleasure meeting you here, Cik Hawa. Aku balik dulu. Take care. Assalamualaikum...” Adam betulkan cap dekat atas kepala dia sebelum menolak pintu kaca. Hawa hanya pandang langkah Adam melalui cermin kaca sebelum dia tepuk dada dia berulang kali.
            “Waalaikumussalam...” Hawa tarik nafas dalam-dalam. Gilalah aku ni!

-----------

Sorry for the short entry. Tiba-tiba saya rasa sesuai stop sampai kat situ je dulu. :) By the way, saya nak perkenalkan watak-watak dalam DMR. Ni imaginasi saya je. Malas nak guna watak manusia so saya ambik watak anime :) Korang boleh imagina sendiri siapa Hawa dan siapa Adam :) It's up to you. Comments are highly appreciated!





10 comments:

Haruno Hana 하나 said...

BEST!!!! oh my!!!!!! Kamui kan tu? trtukar nama ngan Subaru! :D sapa yg jd Hawa tu?

Anonymous said...

best..best...best!!! sambung lagi cepattt

-jonny

Dian Hafiya said...

Haruno Hana : Yup :) Tu Kamui. Hawa tu unknown. Hehe..jumpa gambar dia and then terus edit letak nama Hawa. :D

Jonny : Thanks :) InsyaAllah soon.

Syaza Nadiah said...

Lawak la Hawa tu . Haha . Best2 ! :)

izzati_syuhada said...

waaaa~ saya sengih sorang2 baca entry ni. ngaaa~~~ bestt!!!!

Thirah Tyra said...

Akak ni mesti minat anime kan ? Sme lah dgn sye... Btw, sweet lah citer ni... =D

Anonymous said...

xbest la...gambar anime tu...dah spoil imaginasi saya terhadap hawa n adam....tapi jalan cerita dia memang sangat menarik...xsabar nk tunggu entry seterusnya...kalau boleh buat la panjang sikit...:-)

Dian Hafiya said...

Syaza Nadiah : Terima kasih :)

Izzati Syuhada : Gembira awak suka :) Terima kasih...

Thirah Tyra : A'ah. Akak memang minat anime :) Thanks!

Anon : Sorry :( Tak bermaksud nak jejaskan imaginasi awak tentang watak Adam dengan Hawa. Sorry sangat2 and thanks :)

ratu zuleyqha said...

bestlah! xsabar nak tunggu sambungan dia (:

Anonymous said...

best kot..huhu..syes..cool!!

Kawan-kawan