Wednesday, 7 March 2012

Dia, Mr Right! 5


Bab 5
            Puas dibelek-belek dekat setengah jam satu DVD ni. Nak beli ke tak nak? Hawa baca balik sinopsis dia. Memang best pun dan akhirnya dia bawa buku tu pergi kaunter. Jam di tangan dikerling. Lagi 20 minit nak pukul 12. Apa yang dia nak buat pada hujung minggu yang membosankan ni? Nak balik rumah sekarang ni, rasa macam tak nak pulak. Abang dengan kakak dia pun bukan ada dekat rumah pun! Abang mesti pergi dekat rumah bakal mak mertua dia. Kakak pulak mesti tengah sibuk nak cari kad kahwin. Orang dah dekat nak kahwin la katakan..
            “Pak Ngah, cerita ni best sangat!” Satu suara comel menarik perhatian Hawa. Budak perempuan comel tu tengah menarik hujung baju seorang lelaki yang mungkin Pak Ngah dia. Hawa tersenyum kecil. Comel gila bila pakai dress warna pink dengan tudung warna pink jugak tu. Bagus mak dia. Walaupun kecik, dah diajar anaknya supaya pakai tudung.
            “Ni cerita pasal apa, sayang?” Ketika Pak Ngah tu berpaling, Hawa rasa macam nak terduduk. Oh my, tu Adam! Memang betul-betul kebetulan! Dia langsung tak sangka boleh jumpa Adam dekat Alamanda walaupun memang taklah macam pelik sangat pun.
            Cepat-cepat Hawa berpaling ke arah lain. Konon-konon belek VCD Korea. Tak berani nak paling dekat belah Adam dengan anak saudara dia tu.
            “Ni cerita pasal sorang abang ni, dia suka masak.”
            Adam terus ketawa. Tiba-tiba dia teringat dekat Hawa dengan bubur nasi kegemaran dia tu.
            “Lepas tu?”
            “Dia kahwin dengan kakak macam Pak Ngah. Kuat kerja.”
            Hawa rasa macam nak pengsan. Kenapa kisah tu macam kisah dia dengan Adam je? Yang bezanya, dia yang suka masak. Amboi, Hawa... kemain kau!
            “Lagi?”
            “Hidup bahagia macam papa dengan mama.”
            “Siapa yang cerita dekat Wahida ni?”
            “Mak Usu.”
            Adam senyum sambil mengusap kepala Wahida. “Nak beli cerita ni ke? Ke nak cerita lain?” Adam capai DVD Barbie yang memang Wahida suka kumpul sejak dari dia umur 3 tahun sampai dah umur 5 tahun ni. Nak kata dia faham apa yang kartun tu duk cakap, takdelah pulak. Dia faham pun sebab lepas dah habis tengok semua cerita tu, dia yang akan jadi tukang cerita. Habis semua cerita Barbie tu dia dah tengok! Kes sebab nak terangkan balik dekat Wahida ni je.
            “Nak Barbie tu.” Wahida tunjuk dekat DVD yang Adam pegang.
            “Okey. Jom pergi bayar.”
            Hawa tunduk kepala sikit lagi ketika Adam dengan anak saudara dia tu melintas dekat dengan dia. Harap-harap sangat Adam tak nampak dia. Hawa, kau bajet kau penting sangat ke dekat Adam tu sampai dia nak perasan kat kau?!
            Adam berpusing ke belakang tiba-tiba. “Wahida tunggu kejap. Tadi Kak Aisyah suruh beli DVD cerita korea.” Adam terus pimpin tangan Wahida pergi dekat rak-rak DVD Korea. Hanya ada sorang perempuan yang tengah belek-belek DVD kat situ.
            Hawa pulak ingat yang Adam dah pergi dari situ. Dia letak DVD yang dia duk belek dari tadi balik ke tempat asalnya sebelum tersentak bila tengok Adam tengah berdiri tak jauh sangat dari dia dan yang buat dia lagi kalut bila Adam pandang dia.
            “Hawa...”
            “Err... hai.” Hawa lambai tangan.
            “Hai. Buat apa kat sini?”
            “Beli DVD.” Hawa tayang beg plastik kecik dekat tangan dia. Adam angguk kepala sebelum tiba-tiba Hawa rasa baju dia kena tarik. Wahida tengah berdiri di depan dia sambil tersenyum kecil.
            “Kakak ni kawan Pak Ngah eh?”
            Hawa serba-salah. Nak angguk, nanti dia yang perasan dia ni kawan Adam. Nak geleng, takut pulak kalau Adam memang anggap dia kawan.
            “Err....”
            “Kawan Pak Ngah,” jawab Adam seolah-olah tahu yang Hawa macam serba-salah. Hawa pandang Adam. Rasa bahagia pulak Adam cakap yang dia ni kawan Adam. Dah Hawa! Jangan berangan lebih-lebih.
            “Nama akak apa?”
            “Nama akak Hawa.” Hawa senyum sambil cuit pipi gebu Wahida. Comel macam Pak Ngah dia.
            “Adam dan Hawa,” ucap Wahida tiba-tiba sebelum pandang Adam. “Mak Usu pernah cerita pasal Nabi Adam dengan Hawa. Pak Ngah dengan kakak macam tu jugak ke?” Rasa nak terkeluar segala isi perut Hawa bila dengar soalan Wahida. Ni siapa si Mak Usu ni? Pandai betul mengajar Wahida cara-cara nak buat orang sakit!
            Adam pulak dah terdiam. Tak sangka Wahida boleh tanya soalan macam tu. Dia kerling Hawa yang nampak tenang. Nasib baik Hawa tak melatah bila kena tanya soalan macam tu.
            “Pak Ngah dengan akak kawan je,” balas Hawa sehabis yakin sambil cuba untuk senyum. Terasa sebak pulak bila nak cakap perkataan ‘KAWAN’ tu. Over kau, Hawa! Overr!
            “Ohh...” Wahida angguk kepala.
            Hawa pandang jam dekat pergelangan tangan. “Akak kena balik dulu. Lain kali kita jumpa lagi ye, Wahida.” Hawa tunduk dan cium pipi Wahida. Wahida balas balik dengan memeluk leher Hawa dan turut mencium pipi Hawa. Hawa tergelak sebelum mengangguk kecil dekat Adam. Sempat lagi dia lambai tangan dekat Wahida sebelum dia menghilang dari pandangan mata Adam.
            “Pak Ngah!” Wahida tarik baju Adam.
            “Ye?”
            “Akak tu cantik.”
            “Hmm...”
            “Nak dia jadi Mak Ngah boleh?”
            Mata Adam membulat. Wahida pulak dah ketawa kecil sebelum menarik tangan Adam ke kaunter. Adam pulak hanya menurut walaupun hatinya dah rasa semacam.
            **
            “Haih, geram aku dengan perempuan tu!” Farah dah tumbuk-tumbuk bantal peluk dia masa kami tengah tengok cerita Boys Over Flower. Hawa pulak dah geleng-geleng kepala. Kawan dia ni memang emo sikit dengan watak-watak penggoda, penggedik, jahat semua ni!
            “Gun Jun-Pyo tu pun!” Emo pulak dia dekat Lee Min Ho. Hawa ketawa besar. Memang muka serius Farah buat dia rasa nak guling-guling dekat lantai. Lawak, lawak!
            Pap!
            Terus Hawa berhenti ketawa bila ada bantal landing baik punya dekat muka dia. Kali ni Farah pulak yang ketawa. Hawa ketap gigi sebelum baling balik bantal tadi dekat muka Farah.
            “Tapi seriously, hodoh rambut berombak dia tu,” ucap Farah tiba-tiba. Hawa angguk bersetuju. Memang dia tak suka rambut berombak Jun-Pyo tu. Harap maaf pada semua peminat dia ye! Dia lebih suka rambut lurus Jun-Pyo lagi.
            “Rambut macam Adam tu, aku suka.” Tiba-tiba terkeluar ayat membunuh dari bibir Hawa. Hawa dah gigit bibir bila Farah dah tengok dia lain macam. Habis aku! Habis~~~!
            “Amboi,dah pandai puji Adam sekarang ni. Sejak bila kau pandai puji orang lelaki ni? Selalunya berlagak gila!” Farah dah sengih-sengih. Hawa buat derk walaupun hati dia dah macam nak pecah sekarang ni!
            “Dah memang rambut dia kemas!”
            “Rambut Zairi pun kemas je tapi takde pulak kau puji-puji dia.”
            Hawa diam lagi. Bila sebut nama Zairi, tiba-tiba dia terasa sesuatu. Zairi cinta pertama dia yang tak pernah diluahkan tapi bila akak dengan abang nak satukan dia dengan Zairi, dia menolak pulak. Sebab apa dia tak nak? Sebab masa tu Zairi baru putus cinta dan dia tahu Zairi sayang lagi dekat girlfriend dia tu.
            “Zairi tu lain.”
            “Cinta pertama susah untuk dilupakan eh?”
            Hawa diam. Tak tahu nak jawab apa. Cinta pertama memang susah nak dilupakan, nak-nak kalau lelaki tu macam Zairi. Zairi baik, Zairi tak merokok, Zairi selalu senyum dan Zairi suka makan masakan dia.
            “Hawa!”
            Hawa pandang Farah. “Susah tu susahlah jugak tapi aku rasa makin lama, aku dah boleh lupakan dia.”
            “Eloklah kalau macam tu.” Farah senyum. Hawa pun senyum balik. Dia tengok balik Boys Over Flower dan entah kenapa wajah Zairi dan Adam tiba-tiba muncul dekat televisyen tu. Dan yang paling menakutkan, muka Adam yang tersenyum lebih menarik perhatian dia daripada muka Zairi!

Nota : Bab 5 dah siap! :) Semalam letih sangat sampai tak sempat nak post. Comments are highly appreciated!



3 comments:

zawani mukhtar said...

ohh adam ni pngah rupernye.... hawa ni maksu ker....adam ni sye rsa xla keras sngt. wah xlama lgi mesti nk ngorat hawa or maybe hawa yg ngorat dier

Syaza Nadiah said...

Serius , suka ngan watak Hawa tu . Lawak je . Hehe . Jangan la tetiba nanti Zairi datang nak kat Hawa pulak . Nak Hawa dengan Adam jugak ! Hehe . Anyway , sangat best ! :)

izzati_syuhada said...

"Nak dia jadi mak ngah boleh?"
Hahaha. Suka lah dengan Wahida ni! Thumbs up!

Kawan-kawan