Thursday 1 March 2012

Dia, Mr Right! 2


Bab 2
“Kawan! Teman aku pergi beli barang, please?!”
Hawa gosok mata. Dia mencari jam locengnya. Baru pukul 8 kot! Mengantuk lagi ni haa... Dahlah semalam tidur lewat sebab sibuk buat resepi baru dekat dapur. Nasib baik abang dengan akak takde kat rumah, kalau tak memang bisinglah mulut diorang tu.
“Aku penatlah.” Hawa dah sembam muka dekat atas bantal. Nak cakap dengan Farah pun dah tak larat ni.
“Ala, pleaselah. Majlis kahwin aku kan dah makin dekat. Please! Please!”
Hawa tarik nafas. Dia memang lemah bila Farah dah start sesi pujuk-memujuk ni. “Fine... tunggu aku mandi dulu. Naik kereta aku ke kereta kau?” Hawa tolak selimut tebalnya ke tepi dan duduk bertenggek dekat tepi katil.
“Hmm... kereta aku. Aku ambik kau dalam pukul 9 boleh?”
“Okey.”
“Jangan tidur balik.” Sempat lagi Farah berpesan.
“Iye...” Hawa berdiri selepas Farah dah letak telefon. Terus dia capai tuala dan melangkah masuk ke dalam bilik air sambil menguap besar.
Lepas sejam, dia dah siap lengkap berpakaian. Dengan mata yang masih lagi rasa ngantuk sangat, dia menapak ke bawah. Nak cari makanan dulu. Perut dah nyanyi lagu dah ni.
“Nak ke mana, cik adik?” Haris bertanya.
Hawa pandang Haris sebelum mengangkat tangannya. “Teman Farah beli barang kahwin.”
“Muka macam orang ngantuk.”
Hawa angguk. Memang dia tengah ngantuk pun. Rasa penat satu badan ni. Roti bakar dicapai lalu dikunyah perlahan.
“Balik jangan lewat sangat.”
“Okey.” Hawa tengok jam dinding. Any minute now...
Ping! Ping!
Hawa sengih lebar. On time betul kawan aku ni. Hawa terus capai beg tangan dan cium tangan Haris.
“Assalamualaikum bang. I’ll be back before 8.00.”
“Okey. Waalaikumussalam...”
**
“Ni Adam.” Azrul perkenalkan Adam dekat Hawa yang tengah sibuk cari something dekat dalam beg tangan. Hawa angguk kepala sikit je tanpa angkat muka untuk memandang lelaki tinggi lampai dekat depan dia sekarang ni.
“Ni Hawa...” Farah memperkenalkan Hawa dekat Adam apabila tengok Hawa langsung takde tanda nak perkenalkan diri sendiri. Adam ni memang dia dah kenal lama sangat. Sejak dia mula kenal Azrul lagi. Memang dia dah tahu perangai Adam macam mana tapi dengan dia, Adam still boleh bercakap macam biasa. Mungkin sebab dia selalu pergi rumah Adam dengan Azrul.
“Lupa nak cakap tahniah.” Adam senyum.
“Hehehe...terima kasih.” Farah pulak yang dah naik terkejut. Jarang dapat tengok Adam senyum sebenarnya. Kalau dia senyum, wa cakap sama lu...memang boleh cair! Nasib baik hati dia, Azrul dah ambik. Kalau tak, mau dia berpaling tadah dekat Adam pulak. Farah jeling Hawa yang masih tengah sibuk cari something dekat dalam beg tangan dia.
“Kau cari apa tu?”
“Aku punya...”
“Ni ke?” Adam menghalakan tapak tangannya dekat Hawa. Benda ni dia ambik tadi masa nak ke tandas sebelum dia tahu yang perempuan dekat depan dia ni, kawan Farah. Kalau ikutkan, benda ni jatuh betul-betul dekat kaki perempuan ni tapi Hawa ni yang tak nampak. Hawa terus angkat muka dan pandang tapak tangan Adam.
“My bracelet! Thank you!” Hawa tersenyum riang sambil cium gelang tangan tu. Ni pemberian arwah ibu dan ayah dia tau. Kalau hilang, mau gila dia dibuatnya! Hawa pandang lelaki yang Farah cakap sepupu Azrul tu. Entah kenapa, ada satu perkataan je yang terlintas di kepalanya ketika itu. Handsome! Jantungnya yang berdegup kencang kes tak jumpa gelang tangan ni, makin berdegup kencang apabila menatap sepasang mata kuyu milik lelaki di hadapannya sekarang. His eyes... cantiknya warna mata tu! By the way, apa nama lelaki ni tadi?
“Adam.” Jawab lelaki tu seolah-olah mendengar apa yang dia tengah fikirkan. Hawa senyum kecil dan mengangguk. I like his name! Adam...comel kan? But I like his eyes more. Warna hitam cair sama macam mata anime yang dia suka sangat tu! Super gorgeous!
“Jom kita pergi cari barang. Awak nak pergi bahagian mana?” Tanya Farah dekat tunang dia. Hawa pulak dah pandang arah lain. Bahaya tengok lama-lama anak teruna orang. Nak-nak kalau handsome macam ni. Mau hati aku melompat keluar.
“Kasut.”
“Hmm...tahu ke saiz berapa?”
Azrul sengih. “Of course. 6 kan?”
Farah angguk sambil ketawa kecil. “See you later...” Farah tarik tangan Hawa selepas melambai dekat Azrul. Hawa hanya mengikut tapi lepas beberapa langkah, dia berpaling tengok ke arah Azrul dan Adam. Dia pandang belakang badan Adam lama sebelum kembali pandang depan. Haih, Hawa... kenapa nak tengok dia lebih-lebih ni?
“Kenapa kau tak beli barang untuk diri kau sendiri and then Azrul beli barang dia sendiri? Kan senang...”
Farah geleng sambil goyang-goyangkan jari telunjuk dia. “Aku nak tengok apa yang dia pilih untuk aku.”
Hawa buat muka tak kisah. “Suka hati kaulah... Kau yang nak kahwin.”
“Hawa, handsome kan Adam tu...” Farah menolak-nolak bahu Hawa guna bahu dia. Dia bukannya tak nampak yang Hawa pandang Adam tadi. Tergoda tengok mata hitam cair Adam kot. Memang mata Adam tu cantik. Nampak normal tapi bila dipadankan dengan muka handsome, menyerlah betul mata tu!
“So?”
“Takde rasa apa-apa?”
Hawa angkat kening. Perlu ke nak rasa apa-apa? Adam handsome, yeah memang betul tapi so what?
“Tak.”
“Sikit pun tak...”
Hawa geleng. Sikit pun tak!
“Really?” Tanya Farah lagi. Hawa mula geram. Orang cakap takde, takdelah. Ke nak suruh cakap bahasa Jerman baru nak faham!
“Tu Adam!” Farah jerit tiba-tiba.
“Mana-mana?” Meliar-liar mata Hawa duk mencari si Adam tapi tak nampak pun. Takkan Adam main sembunyi-sembunyi pulak dengan dia?
Farah cucuk pipi Hawa. “Amboi, sebut nama Adam... terus kau cari eh?” Farah dah gelak-gelak. Hawa buat muka. Kantoi la pulak!
Okey, sejak bila dia kalut pasal lelaki ni?! Hawa tepuk dahi. Something wrong somewhere ni! Kena suruh angah check kepala dia. Maybe ada short circuit dekat kepala dia sekarang ni. Adam is just a man. A very handsome man. That’s it! Tak perlu nak ada feeling-feeling.
Stay cool, Hawa binti Taufiq!


Nota : Short entry. Sorry :) Harap korang suka. Thanks and comments are highly appreciated.


7 comments:

Unknown said...

waaaaaa~~~ Adam senyum~ XD suka3

nea_124 said...

hahaha...comel betul perangai Hawa

Zatiey Rosli said...

ngaaa~~ senyuman berbunga. suka! suka! nak lagi!

Syaza Nadiah said...

Wah . Dah makin best ni . Tersengih2 je baca ngan perangai Hawa tu . Sambung cepat2 eh bila free . Hee . :)

Dian Hafiya said...

Haruno Hana : Hehehe... seriously comel gila Adam bila senyum :) Even saya pun tak tahu muka dia macam mana.

Nea : She's cute, kan? :D

Izzati : Hawa belum tengok Adam senyum lagi. Farah je nampak. Kalau dia nampak, mau pengsan! :P

Syaza : Hehee..insyaAllah :)

Thanks all! :)

nexx said...

comel..

Farah Fauzi said...

haaaaa....sweetnyer :)

Kawan-kawan