Bab 6
“Memang betullah apa yang aku buat.
Memang untung aku dapat kawan macam kau. Memang kau terror. Memang...”
“Memang kau nak kena ketuk kan?”
Serabut Hawa dengar bila Farah asyik cakap memang itu, memang ini. Dia nak
gantung bunga dekat atas pelamin ni pun susah!
Farah sengih. “Lepas ni katil pulak
eh?”
“Yelah... Upah aku tak mahal sangat.
Cukuplah sembilan ribu je.” Hawa gelak-gelak. Farah pulak dah jelir lidah.
“Kepala otak kau tak mahal!”
Farah lempar bunga yang berterabur
dekat bawah ni dekat Hawa. Padan muka!
“Hehehe...” Hawa gelak je.
“Kau tidur sini kan malam ni?”
Hawa angguk. “Malas nak balik rumah. Karang esok pagi aku nak kena
touch-up sikit katil pengantin kau.”
“Ohh...”
“Esok Azrul datang pukul berapa?”
“Masa lepas Zohor. Lepas solat
jemaah sama-sama, terus majlis akad nikah. Esok pagi, kenduri makan.”
Hawa angguk lagi sebelum turun dari
atas tangga. Dia bercekak pinggang dekat depan pelamin Farah sambil tengok apa
yang lagi yang kurang.
“Aku tengok macam dah okey je. Kau
rasa?” Hawa tanya Farah.
“Aku pun tengok macam dah okey je.”
Hawa dengan Farah angguk serentak
sebelum mereka berdua ketawa. Walaupun Hawa rasa sedih bila Farah dah tak
tinggal sekali dengan dia nanti tapi dia gembira bila Farah happy. Dia tahu
Azrul boleh bahagiakan Farah dan selalu buat kawan baik dia senyum.
**
“Ni tinggal sorang lagi anak mama
yang belum berpunya,” ucap Huda ketika dia, Hawa, Farah dengan mak Farah yang
memang dah biasa dipanggil mama.
“Haah... tinggal sorang je lagi,”
Farah kenyit mata dekat Huda sebelum ketawa bila tengok Hawa dah mencebik.
“Yelah... bila anak umi yang sorang
ni nak bawak menantu untuk umi?” Puan Atikah usap bahu Hawa. Hawa sengih
sumbing je. Nak bawak menantu apanya, kalau calon pun takde?
“Hawa muda lagi, umi.”
“Uweekkkk! Muda konon!” Farah dah
buat gaya nak muntah. Hawa dah ketap gigi. Terus dia lempar bantal kena tepat
kat muka Farah.
“Takde calon lagi ke?” Tanya Puan
Atikah lagi.
“Takde... ala, siapalah nak kat Hawa
ni?”
“Adam ada!”
Sekali lagi bantal kena tepat dekat muka
Farah. Memang kurang asam masin betul pergi cakap dekat mama pasal Adam.
Macamlah Adam tu ada apa-apa dengan aku ni!
“Adam?”
Huda pulak dah berkerut dahi. Tak pernah dengar pun nama Adam ni. Dia pandang
Hawa yang dah macam tercekik tulang je. Muka tu pun dah berkerut seribu.
“Sepupu
Azrul tapi....” Farah dah sengih-sengih. Sengaja nak buat Hawa sakit hati.
“Kau
memang nak kena dengan aku, kan?” Hawa dah jegil bijik mata dekat Farah. Rasa
macam nak rosakkan pelamin si Farah ni! Sabotaj, sabotaj, sabotaj!
“Hehehe....
tapi Farah rasa diorang tu sweet sangat!”
Huda
pulak dah tersengih sambil cuit bahu Hawa. “Amboi dik. Pandai ye nak rahsia
dari akak dengan abang.”
Hawa
tarik nafas. “Hish, mana adalah. Kawan je. Kawan. Let me spell it out for you.
K.A.W.A.N. It means KAWAN!” Ambik kau! Siap eja segala lagi. Nak dia bagi
definisi bagi perkataan kawan sekali ke?
Huda
dah ketawa besar. Farah pun join sekali cuma Puan Atikah je senyum-senyum. Hawa
dah tarik muncung sebelum berpeluk tubuh. Lawak sangat la kan?
Sobs..sobs..sobs!
“Adam
dan Hawa. How sweet....” Huda kelip-kelipkan mata dia sambil memandang Hawa.
“Tak
naklah cakap dengan akak dah. Hawa dah cakap kitaorang kawan je. Dia tu dah
berpunyalah kot.”
“Dia
dah berpunya ke, Farah?”
Farah
geleng kepala laju-laju. “Rasanya Azrul cakap single mingle triangle lagi.
Lagipun, Adam tu bukan jenis layan perempuan. Dia sibuk dengan kanvas dengan
kerja je. Yang lain, dia tak layan.”
“Ohh,
kiranya peluang Hawa ni banyaklah jugak kan?”
“Akak!”
Heee... tak habis-habis nak usik orang! Nak kahwin pun buat perangai lagi.
Bagitahu Abang Harith nanti baru tahu!
“Hehehe...malulah
tu.”
Hawa
paling muka tengok tempat lain. Hari ni hari pakatan nak mengenakan dia ke apa?!
Walaupun mulut cakap tak suka dikenen-kenenkan dengan Adam tapi entah kenapa
hati dia berbunga riang pulak? Hish, gangguan perasaan betul!
“Hawa
nak tidur dululah. Ngantuk. Good night. Assalamualaikum...” Hawa cium pipi Puan
Atikah sebelum naik tingkat atas. Nak tidur dan mimpikan langit yang indah!
**
“Hawa!”
Hawa
yang tengah sibuk check kek nikah Farah menjenguk kepala ke luar pintu. Dia
nampak Huda tengah berlari dengan baju kurung.
“Awat
kak?”
“Farah
suruh Hawa naik atas.”
“Ohh,
jap. Nak kemas barang ni. Akak, mana cupcakes yang Hawa bawak semalam?” Hawa
simpan kek nikah tu masuk dalam peti ais. Nasib baik setingkat je tapi untuk
kenduri diorang esok, Hawa buat yang tiga tingkat punya khas untuk Farah dengan
Azrul. Bukan apa, diorang ada jemput budak-budak dari rumah anak yatim dekat
dengan rumah diorang ni. Budak-budak kan suka makan kek...
“Ada
dalam peti ais yang lagi satu tu. Naik atas nanti ye.”
Hawa
angguk kepala. Lepas dah siap kemas semua barang, terus dia naik ke tingkat
atas dan pergi dekat bilik pengantin Farah.
“Oh my! Apa diorang dah buat dekat
kawan aku?!” Hawa sentuh muka Farah. Terkejut beruk dia tadi bila nampak muka
Farah. Mulutnya terherot-berot bila tengok mekap yang ada dekat muka teman
baiknya ni. Masya-Allah, teruknya! This is not Farah. Farah tak pakai mekap.
Sama macam dia!
“Kawan
aku... dimanakah dia?!”
Terus
tangan Farah menolak bahu Hawa sehingga terlentang kawan baiknya dekat atas
katil. “My special day. Haruslah pakai cantik-cantik.” Ujar Farah sambil
tersenyum lebar. Hawa mencebik.
“Muka
kamu ni nampak pucat je, umi tengok. Meh sini, biar umi touch-up muka anak umi
lagi sorang ni,”
Hawa
cepat-cepat geleng kepala. Woo, takde maknanya untuk Hawa binti Taufiq pakai
mekap dekat muka! Tak nak pakai and fullstop!
“Ala
umi, macam tak kenal dengan Hawa ni.” Ucap Farah sambil menepuk bahu Hawa.
Puan
Atikah geleng kepala. Dia kenal sangat perangai Hawa. Kalau dia tak nak, pujuk
macam mana pun tak jadi!
Apa
yang Hawa suka, semua dia tahu. Memang dia dah anggap Hawa macam anak sendiri.
Bukan setakat Hawa tapi Haris dengan Huda sekali. Sejak mereka jadi yatim piatu
4 tahun yang lalu, hanya pada dia dan suami dia jelah, Haris, Huda dan Hawa
menumpang kasih.
“Hawa
kan natural beauty.” Hawa dah gelak comel.
“Please
Hawa! Jangan buat aku nak muntah kat sini.” Farah dah angkat tapak tangan dekat
dengan muka Hawa.
Hawa
hanya ketawa. “Umi, semalam tu umi ada mintak Hawa buatkan pudding coklat kan?
Hawa dah buatkan Subuh tadi. Tak tahu sedap ke tak? Nanti umi rasa tau.”
“Mesti
sedapnya. Anak umi ni kan terror masak-masak ni.” Puan Atikah peluk bahu Hawa.
Hawa hanya tersenyum kecil. Malulah bila umi puji!
Tok!
Tok!
“Umi,
diorang dah sampai,” muncul Haris dekat belakang pintu. Huda pun ada sekali.
Hawa kerling Farah yang tiba-tiba nampak macam orang takde oksigen.
“Takut?”
Farah
angguk. “Nervous.”
“Don’t
worry. Insya-Allah, everything will be just find.” Hawa senyum, nak legakan
hati Farah. Dia yang bukan nak bernikah pun tumpang nervous sekali tau!
Farah
angguk kepala sambil senyum.
“Jom
kita turun!” Hawa hulur tangan dekat Farah. Farah menyambut perlahan sambil
menarik nafas.
Hawa
senyum sepanjang nak turun tangga ke tingkat bawah. Bila turun je, orang
pertama yang dia nampak adalah Adam yang tengah bersila dekat tepi Azrul. Tiba-tiba
dia rasa macam nak pengsan kat situ bila tengok baju Adam. Dia tengok pulak
baju dekat badan dia sekarang ni. Macam mana boleh sama ni?!
“Aku
nampak apa yang kau nampak,” bisik Farah dekat telinga Hawa. Hawa pandang Farah
sekilas sebelum telan air liur. Chill Hawa!
“Kebetulan.”
“Ataupun
takdir...” Pandai-pandai Farah menyambung.
Hawa
terdiam. Tak tahu nak cakap apa dah!
Nota : Sorry for the late update :) Been busy lately. Harap korang suka dengan entry kali ni. Takde banyak sangat scene between Adam dengan Hawa.
3 comments:
Baju Adam and Hawa secocok...
Adam and Hawa dah ade jodoh lh tu...hehehe
Best2 ! Hehe . Baju Adam dengan Hawa sama la . Sukanyaaa . Ngee~
hehe.. baju sama.. confirm jodoh tu.. :) mesti part lepas ni menarik.. hihi
Post a Comment