Sunday, 11 March 2012

Dia, Mr Right! 6


Bab 6
            “Memang betullah apa yang aku buat. Memang untung aku dapat kawan macam kau. Memang kau terror. Memang...”
            “Memang kau nak kena ketuk kan?” Serabut Hawa dengar bila Farah asyik cakap memang itu, memang ini. Dia nak gantung bunga dekat atas pelamin ni pun susah!
            Farah sengih. “Lepas ni katil pulak eh?”
            “Yelah... Upah aku tak mahal sangat. Cukuplah sembilan ribu je.” Hawa gelak-gelak. Farah pulak dah jelir lidah.
            “Kepala otak kau tak mahal!”
            Farah lempar bunga yang berterabur dekat bawah ni dekat Hawa. Padan muka!
            “Hehehe...” Hawa gelak je.
            “Kau tidur sini kan malam ni?”
            Hawa angguk. “Malas nak  balik rumah. Karang esok pagi aku nak kena touch-up sikit katil pengantin kau.”
            “Ohh...”
            “Esok Azrul datang pukul berapa?”
            “Masa lepas Zohor. Lepas solat jemaah sama-sama, terus majlis akad nikah. Esok pagi, kenduri makan.”
            Hawa angguk lagi sebelum turun dari atas tangga. Dia bercekak pinggang dekat depan pelamin Farah sambil tengok apa yang lagi yang kurang.
            “Aku tengok macam dah okey je. Kau rasa?” Hawa tanya Farah.
            “Aku pun tengok macam dah okey je.”
            Hawa dengan Farah angguk serentak sebelum mereka berdua ketawa. Walaupun Hawa rasa sedih bila Farah dah tak tinggal sekali dengan dia nanti tapi dia gembira bila Farah happy. Dia tahu Azrul boleh bahagiakan Farah dan selalu buat kawan baik dia senyum.
            **
            “Ni tinggal sorang lagi anak mama yang belum berpunya,” ucap Huda ketika dia, Hawa, Farah dengan mak Farah yang memang dah biasa dipanggil mama.
            “Haah... tinggal sorang je lagi,” Farah kenyit mata dekat Huda sebelum ketawa bila tengok Hawa dah mencebik.
            “Yelah... bila anak umi yang sorang ni nak bawak menantu untuk umi?” Puan Atikah usap bahu Hawa. Hawa sengih sumbing je. Nak bawak menantu apanya, kalau calon pun takde?
            “Hawa muda lagi, umi.”
            “Uweekkkk! Muda konon!” Farah dah buat gaya nak muntah. Hawa dah ketap gigi. Terus dia lempar bantal kena tepat kat muka Farah.
            “Takde calon lagi ke?” Tanya Puan Atikah lagi.
            “Takde... ala, siapalah nak kat Hawa ni?”
            “Adam ada!”
 Sekali lagi bantal kena tepat dekat muka Farah. Memang kurang asam masin betul pergi cakap dekat mama pasal Adam. Macamlah Adam tu ada apa-apa dengan aku ni!
“Adam?” Huda pulak dah berkerut dahi. Tak pernah dengar pun nama Adam ni. Dia pandang Hawa yang dah macam tercekik tulang je. Muka tu pun dah berkerut seribu.
“Sepupu Azrul tapi....” Farah dah sengih-sengih. Sengaja nak buat Hawa sakit hati.
“Kau memang nak kena dengan aku, kan?” Hawa dah jegil bijik mata dekat Farah. Rasa macam nak rosakkan pelamin si Farah ni! Sabotaj, sabotaj, sabotaj!
“Hehehe.... tapi Farah rasa diorang tu sweet sangat!”
Huda pulak dah tersengih sambil cuit bahu Hawa. “Amboi dik. Pandai ye nak rahsia dari akak dengan abang.”
Hawa tarik nafas. “Hish, mana adalah. Kawan je. Kawan. Let me spell it out for you. K.A.W.A.N. It means KAWAN!” Ambik kau! Siap eja segala lagi. Nak dia bagi definisi bagi perkataan kawan sekali ke?
Huda dah ketawa besar. Farah pun join sekali cuma Puan Atikah je senyum-senyum. Hawa dah tarik muncung sebelum berpeluk tubuh. Lawak sangat la kan? Sobs..sobs..sobs!
“Adam dan Hawa. How sweet....” Huda kelip-kelipkan mata dia sambil memandang Hawa.
“Tak naklah cakap dengan akak dah. Hawa dah cakap kitaorang kawan je. Dia tu dah berpunyalah kot.”
“Dia dah berpunya ke, Farah?”
Farah geleng kepala laju-laju. “Rasanya Azrul cakap single mingle triangle lagi. Lagipun, Adam tu bukan jenis layan perempuan. Dia sibuk dengan kanvas dengan kerja je. Yang lain, dia tak layan.”
“Ohh, kiranya peluang Hawa ni banyaklah jugak kan?”
“Akak!” Heee... tak habis-habis nak usik orang! Nak kahwin pun buat perangai lagi. Bagitahu Abang Harith nanti baru tahu!
“Hehehe...malulah tu.”
Hawa paling muka tengok tempat lain. Hari ni hari pakatan nak mengenakan dia ke apa?! Walaupun mulut cakap tak suka dikenen-kenenkan dengan Adam tapi entah kenapa hati dia berbunga riang pulak? Hish, gangguan perasaan betul!
“Hawa nak tidur dululah. Ngantuk. Good night. Assalamualaikum...” Hawa cium pipi Puan Atikah sebelum naik tingkat atas. Nak tidur dan mimpikan langit yang indah!
**
“Hawa!”
Hawa yang tengah sibuk check kek nikah Farah menjenguk kepala ke luar pintu. Dia nampak Huda tengah berlari dengan baju kurung.
“Awat kak?”
“Farah suruh Hawa naik atas.”
“Ohh, jap. Nak kemas barang ni. Akak, mana cupcakes yang Hawa bawak semalam?” Hawa simpan kek nikah tu masuk dalam peti ais. Nasib baik setingkat je tapi untuk kenduri diorang esok, Hawa buat yang tiga tingkat punya khas untuk Farah dengan Azrul. Bukan apa, diorang ada jemput budak-budak dari rumah anak yatim dekat dengan rumah diorang ni. Budak-budak kan suka makan kek...
“Ada dalam peti ais yang lagi satu tu. Naik atas nanti ye.”
Hawa angguk kepala. Lepas dah siap kemas semua barang, terus dia naik ke tingkat atas dan pergi dekat bilik pengantin Farah.
            “Oh my! Apa diorang dah buat dekat kawan aku?!” Hawa sentuh muka Farah. Terkejut beruk dia tadi bila nampak muka Farah. Mulutnya terherot-berot bila tengok mekap yang ada dekat muka teman baiknya ni. Masya-Allah, teruknya! This is not Farah. Farah tak pakai mekap. Sama macam dia!
“Kawan aku... dimanakah dia?!”
Terus tangan Farah menolak bahu Hawa sehingga terlentang kawan baiknya dekat atas katil. “My special day. Haruslah pakai cantik-cantik.” Ujar Farah sambil tersenyum lebar. Hawa mencebik.
“Muka kamu ni nampak pucat je, umi tengok. Meh sini, biar umi touch-up muka anak umi lagi sorang ni,”
Hawa cepat-cepat geleng kepala. Woo, takde maknanya untuk Hawa binti Taufiq pakai mekap dekat muka! Tak nak pakai and fullstop!
“Ala umi, macam tak kenal dengan Hawa ni.” Ucap Farah sambil menepuk bahu Hawa.
Puan Atikah geleng kepala. Dia kenal sangat perangai Hawa. Kalau dia tak nak, pujuk macam mana pun tak jadi!
Apa yang Hawa suka, semua dia tahu. Memang dia dah anggap Hawa macam anak sendiri. Bukan setakat Hawa tapi Haris dengan Huda sekali. Sejak mereka jadi yatim piatu 4 tahun yang lalu, hanya pada dia dan suami dia jelah, Haris, Huda dan Hawa menumpang kasih.
“Hawa kan natural beauty.” Hawa dah gelak comel.
“Please Hawa! Jangan buat aku nak muntah kat sini.” Farah dah angkat tapak tangan dekat dengan muka Hawa.
Hawa hanya ketawa. “Umi, semalam tu umi ada mintak Hawa buatkan pudding coklat kan? Hawa dah buatkan Subuh tadi. Tak tahu sedap ke tak? Nanti umi rasa tau.”
“Mesti sedapnya. Anak umi ni kan terror masak-masak ni.” Puan Atikah peluk bahu Hawa. Hawa hanya tersenyum kecil. Malulah bila umi puji!
Tok! Tok!
“Umi, diorang dah sampai,” muncul Haris dekat belakang pintu. Huda pun ada sekali. Hawa kerling Farah yang tiba-tiba nampak macam orang takde oksigen.
“Takut?”
Farah angguk. “Nervous.”
“Don’t worry. Insya-Allah, everything will be just find.” Hawa senyum, nak legakan hati Farah. Dia yang bukan nak bernikah pun tumpang nervous sekali tau!
Farah angguk kepala sambil senyum.
“Jom kita turun!” Hawa hulur tangan dekat Farah. Farah menyambut perlahan sambil menarik nafas.
Hawa senyum sepanjang nak turun tangga ke tingkat bawah. Bila turun je, orang pertama yang dia nampak adalah Adam yang tengah bersila dekat tepi Azrul. Tiba-tiba dia rasa macam nak pengsan kat situ bila tengok baju Adam. Dia tengok pulak baju dekat badan dia sekarang ni. Macam mana boleh sama ni?!
“Aku nampak apa yang kau nampak,” bisik Farah dekat telinga Hawa. Hawa pandang Farah sekilas sebelum telan air liur. Chill Hawa!
“Kebetulan.”
“Ataupun takdir...” Pandai-pandai Farah menyambung.
Hawa terdiam. Tak tahu nak cakap apa dah!

Nota : Sorry for the late update :) Been busy lately. Harap korang suka dengan entry kali ni. Takde banyak sangat scene between Adam dengan Hawa.


3 comments:

NurAtiZa said...

Baju Adam and Hawa secocok...
Adam and Hawa dah ade jodoh lh tu...hehehe

Syaza Nadiah said...

Best2 ! Hehe . Baju Adam dengan Hawa sama la . Sukanyaaa . Ngee~

ihaaz said...

hehe.. baju sama.. confirm jodoh tu.. :) mesti part lepas ni menarik.. hihi

Kawan-kawan